Thursday 27 June 2013

Kapel amat indah bagaikan dunia milik utuh berdua, kenangan manis dan pahit menjadi satu dan amat pedih untuk dikenang. Andai masa mampu berundur, aku rela mencari dan menabur kasih pada seseorang yang belum berpunya. Alangkah sakitnya hati ini bila dapat membongkar rahsia yang kau simpan rapi tanpa pengetahuan aku. Segala-galanya palsu, sejak pertama perkenalan kita, kau telah menipu dan menarik perhatian aku dengan cerita dan dunia rekaan semata-mata. Aku tertipu dengan segala kata-kata manismu dan pujuk rayumu . aku amat bersalah terhadap kedua orang tuaku kerana telah menipu mereka selama aku mengenali kamu.  Kasihan, perasaan itu wujud untuk kamu sewaktu aku datang ke tempatmu .Aku memang manusia bodoh yang mencintai seseorang yang mustahil menjadi milik abadiku selamanya. Sungguh mustahil untuk aku terus bersama kamu kerana aku tahu bahawa kamu tidak akan mampu untuk menjagaku dan menunaikan segala permintaaku. Aku rela melepaskanmu walaupun berat hati ini untuk melupakanmu, aku harus pergi untuk mencari harga sebuah hati yang telah dipersendakan oleh seseorang yang telah mendapat tempat di hati ini. ketahuilah bahawa aku akan datang untuk menemui kamu suatu hari nanti dengan membawa segunung semangat yang tidak akan pernah layu dan rebah di hadapan kamu lagi. Pegang lah janji ini dan aku akan tunaikan harapan keluargaku untuk melupakan kamu dan menjadi seseorang yang disegani. Keep this promise and I will do it as long im alive..
huhu... i can't believe that!!!!!

No comments:

Post a Comment